Famili Trip ke Sabah (4 hari 3 malam) Kundasang - Pekan Nabalu - KK PART 2


Gunung Kinabalu pada 5.30 pagi

Day 2 - Bangun Pagi (28 April 2017) 

Hari kedua bangun pukul 5.00 pagi (sebab tido awal malam tadi) Nasib baik air panas ada kalau tak memang tak mandi hahahaha. Aktiviti pertama pagi ini adalah bergambar dengan Gunung Kinabalu


Gambar dari bilik kami

Alhamdulillah cuaca baik pagi ni...boleh lihat dengan jelas Kinabalu

Tempat pertama yang wajib singgah (bagi kami)  adalah Desa Dairy Cattle Farm. Tapi sebelum tu kita breakfast dulu di gerai2 yang terletak berhampiran pekan kundasang. Sebenarnya ada banyak gerai/kedai makan belakang KFC tu. Ade je nasi lemak, roti canai, bakso dan macam2 lagi.  Next stop Desa Dairy Cattle Farm.



Desa Dairy Cattle Farm - Kundasang


Alhmadulillah...

Anak aku jadi mat bunga sat...hahaha

Seronok budak2 ni bagi kambing makan

Bapak plak seronok bagi lembu minum susu

Tips - Tak perlu beli aiskrim seorang satu untuk anak2.....lebih dari cukup jika 1 cup aiskrim dikongsi dua orang...Last2 mak pak yang kena habiskan...believe it !
Sempat uncle dari China ni ambik gambar dengan anak kami....ingat artis ke pe?. Layan je



Rezki dapat bergambar dengan depa ni...muahahahaa

Lama juga kami menghabiskan masa disini. Antara tips yang saya boleh kongsi di sini ialah datang awal (8.30 dah ada di gate masuk) supaya peluang untuk mengambil gambar Gunung Kinabalu dengan jelas dan nyata adalah lebih tinggi...sebab awan akan mula cover puncak dalam pukul 10 keatas.











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Famili Trip ke Sabah (4 hari 3 malam) Kota Kinabalu, Kundasang & Pulau Sapi / Manukan - PART 1

My Family Trip to Melbourne 2016 (Part 1)